Thursday 29 September 2011

kata 1

Katamu, "saya takkan tinggalkan awak"

Aku pegang kata-kata kau.

Katamu, " saya sayang awak tahu?"

Aku semat di hati. Aku pegang sampai mati.

Sunday 27 March 2011

patah hati

Beginilah bila sudah patah hati. Pandang kiri, sunyi. Pandang kanan, sepi. Pandang depan, jalan mati. Patah hati tak mungkin ada hati lagi. Kasihan wahai hati. Hati ini sudah patah. Patah pecah. Berderai. Bersepai..

Saturday 26 March 2011

beralih arah

kau sudah beralih arah. Berpaling sudah dari ku. Seperti ku jangka. Kau memang tak bertanggungjawab atas apa yang kau lafazkan kepadaku sebelum ini.

Friday 25 March 2011

kau tak stabil

Perasaan kau pada aku tak stabil. Sekejap kau rasa aku adalah segalanya. Selepas itu kau buang aku. Selepas itu kau campak aku tanpa kau sedar. Kau cakap, kau ada untuk aku. Tapi, kau juga ada untuk orang lain. Untuk org yang kau tak kenal. Kau cakap kau bijak mengawal rasa. Tapi akhirnya kau buat perkara yg sama pada orang lain. Aku ingat hanya untuk aku seorang tapi untuk orang lain juga. Sudah berbagi-bagi. Sedangkan apa yg aku rasa hanya untuk kau seorang yang aku sayang. Adilkah untuk aku? 

Rindu bertandang

Kau tahu betapa aku rindu? Kau tahu betapa aku perlu kamu. Aku tahu mungkin bagi kau semua ini hanya mainan perasaan. Jujur, aku rindu kau. Datanglah padaku. Jangan biarkan aku sakit menahan rindu.

Thursday 24 March 2011

Lewat waktu

Akhirnya semuanya sudah terlewat. Akhirnya semuanya sudah musnah. Kerana keegoan. Keegoan mengatasi segalanya. Andai dapat di ulang masa semalam, semua ini tidak akan berlaku. Benar katamu. Aku memang melulu. Aku memang sebegitu. Mungkin sebab itu aku selalu sendiri. Aku selalu sunyi. Kerana sikapku sendiri. 

Cakap besar

Kau cakap besar. Kau cakap kau akan setia. Tapi kau hanya cakap besar. Cakap besar. Aku percaya. Kerana aku cinta. Aku percaya kerana aku percaya adanya cinta. Kau cakap besar. Aku percaya selamanya. Sedangkan kau hanya cakap besar. Cakap besar tapi isinya tiada. Isinya memang tiada. Besar tidak semestinya ada. Besar lebih kepada tiada. Tiada!

Cinta Bodoh

Bercinta jangan bodoh. Bercinta jangan bodoh-bodoh. Kalau memang kau cinta dia, kenapa kau perlu bodoh-bodoh.

Berdiri

Aku berdiri. Memandang langit. Memandang awan. Kosong. Aku pandang lagi. Sekali lagi kosong. Aku tunduk lesu. Aku pandang ke bawah. Aku nampak diri aku yang bodoh. Aku berdiri lama. Tetapi kali ini, berdiri memandang ke depan. Aku nampak sesuatu. Sesuatu yang buat aku kaku. Aku nampak dengan jelas. Aku nampak kau. Aku rindu kau.

Benci

Aku benci kau. Kau buat hati aku jadi tidak menentu. Kau buat aku hati aku berbolak-balik. Kau buat hati aku mati akhirnya.