Akhirnya semuanya sudah terlewat. Akhirnya semuanya sudah musnah. Kerana keegoan. Keegoan mengatasi segalanya. Andai dapat di ulang masa semalam, semua ini tidak akan berlaku. Benar katamu. Aku memang melulu. Aku memang sebegitu. Mungkin sebab itu aku selalu sendiri. Aku selalu sunyi. Kerana sikapku sendiri.
Thursday, 24 March 2011
Cakap besar
Kau cakap besar. Kau cakap kau akan setia. Tapi kau hanya cakap besar. Cakap besar. Aku percaya. Kerana aku cinta. Aku percaya kerana aku percaya adanya cinta. Kau cakap besar. Aku percaya selamanya. Sedangkan kau hanya cakap besar. Cakap besar tapi isinya tiada. Isinya memang tiada. Besar tidak semestinya ada. Besar lebih kepada tiada. Tiada!
Cinta Bodoh
Bercinta jangan bodoh. Bercinta jangan bodoh-bodoh. Kalau memang kau cinta dia, kenapa kau perlu bodoh-bodoh.
Berdiri
Aku berdiri. Memandang langit. Memandang awan. Kosong. Aku pandang lagi. Sekali lagi kosong. Aku tunduk lesu. Aku pandang ke bawah. Aku nampak diri aku yang bodoh. Aku berdiri lama. Tetapi kali ini, berdiri memandang ke depan. Aku nampak sesuatu. Sesuatu yang buat aku kaku. Aku nampak dengan jelas. Aku nampak kau. Aku rindu kau.
Benci
Aku benci kau. Kau buat hati aku jadi tidak menentu. Kau buat aku hati aku berbolak-balik. Kau buat hati aku mati akhirnya.
Cinta Lompat-Lompat
Cinta Lompat-lompat. Lompat tinggi-tinggi. Sampai jumpa cinta baru. Cuba main perasaan. Tidak serasi? Tidak seiring? Tinggalkan sahaja. Cinta lompat-lompat sememangnya tak mudah melekat. Hanya sekejap melekat. Selepas itu kaki di angkat. Sekali lagi melompat.
Melompat ke lain tempat.
Kau kalau mencari cinta memang melompat-lompat?
Subscribe to:
Posts (Atom)